Visiting Designers:

VISITING DESIGNERS Website counter

Tuesday, July 5, 2011

Konsep Ardepoly301

Salam Semua Pensyarah Utama 301,

Saya harap semoga semua pensyarah utama 301 sudah tahu akan perancangan semester ini untuk bekerjasama secara kolektif dalam pengendalian kursus senireka 301. Tujuan blog ini adalah untuk mewujudkan satu platform untuk mengalakkan semua warga 301 baik pensyarah mahupun pelajar untuk bersama-sama memberi komen dan belajar dari satu sama lain. Sila lihat http://www.designerspuo.blogpot.com untuk rujukkan.

Projek bersama yang dipilih adalah Tourist Center. PUO akan keluarkan satu brif tidak lama lagi untuk dibincang. Sehingga itu, semua pensyarah 301 di jemput memberi idea mengenai projek ini. Lead Tutor 301 PUO adalah Cik. Liyana dan beliau akan mengeluarkan satu brif tidak lama lagi.

Blog ini adalah kegunaan bersama; setiap poli akan menyelia kemajuan studio mereka serta melayan soalan2 yang diberi. Pelajar dari poli lain boleh memberi ide dan komen didalam blog tetapi mesti mengikut protokol/etika yang sihat. Pensyarah utama301 boleh menghalang sebarang komen yang dianggap negatif dan tidak membina. Pelajar 301 juga akan digalakkan untuk bersama kongsi ide dan pengalaman dalam blog ini. Saya syorkan semua pelajar 301 membuka akaun googlemail dengan menggunakan nama sebenar (wajib) untuk membolehkan mereka memberi komen dan mengumpul markah kolaborasi (bonus). Pensyarah utama301 harus menyimpan senarai nama dan googlemail akaun untuk tujuan rujukkan.

Akhir sekali diharap semua Lead Tutor 301 dapat hantar email masing2 ke saya di xxynal@yahoo.com secepat mungkin untuk saya menjemput tuan/puan/cik sebagai penulis bersama Ardepoly301.

Semoga blog ini dapat membantu semua, soalan; cadangan;komen ?

DrN

No comments:

Post a Comment