Visiting Designers:

VISITING DESIGNERS Website counter

Wednesday, July 13, 2011

Perbincangan Awal - Tourist Info Centre


Salam Semua LT301,

Apa khabar semua? Konfirm tengah sibuk dengan pelbagai kerja awal semester ini. Give your best even though times are tough and challenging!

Ok, saya rasa biarlah saya memulakan perbincangan awal mengenai Projek Info Tourist Center. Konsep asas CA301 adalah lebih kepada pengenalan untuk merekabentuk secara serius. Kursus CA201 saya rasa berakhir dengan pelajar mula sedar akan kewujudan site analysis dan peranannya dalam merekabentuk ruang/bangunan mudah. CA201 juga lebih berfokus kepada individu (1-3 orang) dan private spaces. CA301 sebagai penyambung CA201, pada pendapat saya, harus memberi fokus kepada elemen2 ini:

  1. Kefahaman dan pengendalian analisa tapak yang lebih fokus
  2. Penghasilan Idea
  3. Rekabentuk ruang yang menekankan kepentingan zoning, layout, antopometrik, ergonomik dan sirkulasi untuk 10 -13 orang
  4. Rekabentuk struktur, bentuk dan fasad.
  5. Persembahan(komunikasi) yang efektif
  6. Teknikal
Walaupun siaz projek ini kecil tetapi fokusnya amat penting iaitu, Bagaimana hendak mengajar pelajar menyelesaikan masalah rekabentuk ruang saiz serdahana yang didalamnya sudah mula mempunyai pelbagai fungsi terutama untuk orang awam.

Cadangan ruang projek ini (pilih 4-5 sahaja) :
  1. Ruang lobby
  2. Ruang reception/information
  3. ruang mini galeri
  4. Ruang multimedia
  5. Ruang tandas
  6. Ruang R&R (jenis wakaf)
  7. Ruang pamiran Phamplet/Booklet
  8. Tangga (dua tingkat)* Wajib
Apa pendapat tuan/puan LT301?

DrN

Sunday, July 10, 2011

Designers- First Class

Salam & Good Morning!
As for a starter, we are going to run a pre-test regarding the general understanding of preliminary design process which will emphasize on the requirement of site analysis guided & prepared by PPD. Thank you for your support!

Regards,
PUO301 Tutors

Tuesday, July 5, 2011

Konsep Ardepoly301

Salam Semua Pensyarah Utama 301,

Saya harap semoga semua pensyarah utama 301 sudah tahu akan perancangan semester ini untuk bekerjasama secara kolektif dalam pengendalian kursus senireka 301. Tujuan blog ini adalah untuk mewujudkan satu platform untuk mengalakkan semua warga 301 baik pensyarah mahupun pelajar untuk bersama-sama memberi komen dan belajar dari satu sama lain. Sila lihat http://www.designerspuo.blogpot.com untuk rujukkan.

Projek bersama yang dipilih adalah Tourist Center. PUO akan keluarkan satu brif tidak lama lagi untuk dibincang. Sehingga itu, semua pensyarah 301 di jemput memberi idea mengenai projek ini. Lead Tutor 301 PUO adalah Cik. Liyana dan beliau akan mengeluarkan satu brif tidak lama lagi.

Blog ini adalah kegunaan bersama; setiap poli akan menyelia kemajuan studio mereka serta melayan soalan2 yang diberi. Pelajar dari poli lain boleh memberi ide dan komen didalam blog tetapi mesti mengikut protokol/etika yang sihat. Pensyarah utama301 boleh menghalang sebarang komen yang dianggap negatif dan tidak membina. Pelajar 301 juga akan digalakkan untuk bersama kongsi ide dan pengalaman dalam blog ini. Saya syorkan semua pelajar 301 membuka akaun googlemail dengan menggunakan nama sebenar (wajib) untuk membolehkan mereka memberi komen dan mengumpul markah kolaborasi (bonus). Pensyarah utama301 harus menyimpan senarai nama dan googlemail akaun untuk tujuan rujukkan.

Akhir sekali diharap semua Lead Tutor 301 dapat hantar email masing2 ke saya di xxynal@yahoo.com secepat mungkin untuk saya menjemput tuan/puan/cik sebagai penulis bersama Ardepoly301.

Semoga blog ini dapat membantu semua, soalan; cadangan;komen ?

DrN