Visiting Designers:

VISITING DESIGNERS Website counter

Tuesday, June 21, 2011

Calling all 301 lead tutors!


Salam Semua Lead Tutors 301 (LT301),

Maaf kerana menggangu Cuti/CPCM/Kerja Poli masing2. Oleh kerana Poli akan buka tidak lama lagi maka saya rasa saya tidak boleh menangguh posting ini lagi. Mulakan perbincangan secepat mungkin. Kelebihan alam maya adalah komunikasi boleh berlaku bila2 masa asalkan ada peralatn yang mencukupi.

Sila gunakan ruang 'comment' untuk memulakan perbincangan mengenai Tourist Center. Juga berikan email anda pada saya untuk saya menjemput tuan/puan/cik menjadi penulis bersama blog ini. Fasa pertama adalah perbincangan maya antara ke6 pensyarah - LT301 - politeknik mengenai kandungan brief projek sem 3 (CA301). Saya hanya akan 'facilitate' blog ni . Sebenarnya pengendalian Blog ini adalah tangungjawab bersama semua LT301, di bawah pimpinan LT301 PUO.

Time to collaborate! So LT301, let's start by introducing ourselves in the comment section.

Komen/cadangan mengenai brief?

DrN : )

8 comments:

  1. Salam Semua,

    Saya Dr.Nana dari PUO, bukan pensyarah 301 tetapi pensyarah design sem06. Saya akan menjadi coach untuk semua LT301 bagi pengoperasian blog ini. Hanya hendak diingatkan bahawa, projek 301 akan diselaraskan untuk semua poli. Perkara pertama yang perlu di bincang adalah common project brief.

    DrN/PUO

    ReplyDelete
  2. salam. saya faizal dari PMM...just nak nak tanye CA301 stu projek je ke?...so perkara yang perlu dibincangkan adalah space requirement je ke?..hanya bertanya.

    ReplyDelete
  3. Saya cadangkan dua projek, satu projek kecil 2 minggu (individual poli) dan satu lagi main projek 13minggu (common projek). Pendapat??

    DrN

    ReplyDelete
  4. Hello! Saya wakil CA301 untuk PUO. Kami akan berbincang dengan lebih lanjut berkenaan perincian projek dan akan mengemaskini secepat mungkin.

    ReplyDelete
  5. Saya difahamkan perincian keperluan projek akan dimuatnaik ke blog ini. Memandangkan ada beberapa perkara tentang penambahbaikan bagi CA301 dan C3328 yang perlu diselaraskan, diharap agar submission requirement dapat dimuatnaik secepat mungkin. Sekiranya saya tersalah faham berkenaan hal ini, diharap agar diperbetulkan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Salam 1 Senibina,

    sy & pensyarah berrpengalaman En.Fu'ad mengajar C3328. Difahamkan kami juga perlu mengikut skema CA301.

    so, what are we up to?

    ReplyDelete
  7. Selamat pagi. Saya difahamkan setiap kumpulan yang terlibat dengan CA301 dan C3328 mencadangkan pendapat masing-masing untuk dibincangkan di blog ini agar dapat menyeragamkan kehendak projek dan meminimakan kekeliruan di kalangan pensyarah sebelum berkongsi bersama pelajar selepas persetujuan dicapai. Pensyarah-pensyarah berpengalaman adalah sangat-sangat dialu-alukan untuk memberi maklumbalas agar kita semua mendapat manfaat. Insyaallah.

    ReplyDelete